BERLIAN PUBLISHERS

Syarikat ini telah ditubuhkan sendiri oleh Encik Hyder Ali Najibullah Khan pada tahun 1992. Hasil usaha yang tidak kenal jemu, beliau berjaya mengembangkan perniagaan syarikantnya dengan penumpuan kepada penerbitan, pengedaran dan pemborong buku dalam pelbagai bidang. Antaranya ialah buku motivasi, buku ilmiah, buku kanak-kanak, pengurusan, bidang teknologi dan yang paling diutamakan adalah buku agama.

Kini, sudah lebih daripada 200 tajuk buku agama yang telah diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu sepenuhnya. Berpandukan moto syarikat, 'Penjana Kemantapan Rohani & Intelektual' membawa harapan agar syarikatnya dapat menerbit dan mengedar buku agama kepada khalayak pembaca tanpa mengira usia.

Pendidikan ilmu agama dan menyebarluaskan ajaran Allah SWT ke seluruh dunia menjadi tujuan beliau menyeburi dunia penerbitan. Seperti yang anda maklum, terbitan beliau agak unik dan menarik sebab beliau sentiasa mengutamakan kualiti dan isi kandungan yang menarik.

Beliau bertekad untuk menjana kemantapan rohani dan intelektual dalam masyarakat Islam dan seterusnya mewujudkan masyarakat pemikir yang berkreatif dan berinovatif supaya dapat berdaya saing di era globalisasi dan mengatasi ancaman ke atas dunia Islam. Beliau akan sentiasa berusaha untuk menerbitkan buku-buku yang berkualiti dari khazanah ilmu-ilmu Islam yang berharga sebagai sumbangan kami kepada agama, tanahair dan masyarakat.